Sunday, January 9, 2011

eksplorasi alam kerjaya!

. : heeya homie : .

aku sekadar ingin berkongsi maklumat yang aku dapat masa dlm proses nk menyiapkan buku 'INSPIRASIKU' TU..sila2 lah lihat yup..
ni mgkin serba sedikit tentg apa yg aq nk kejar in the future!


BIOPERUBATAN

BIDANG sains kesihatan sentiasa diperlukan dari semasa ke semasa dengan tujuan mengekalkan tahap kesihatan rakyat. Keperluan tenaga mahir untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan sangat diperlukan.
Beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini, Antaranya ialah :


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 
Universiti Malaya (UM),
Universiti Putra Malaysia (UPM), 

yang menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.



Program di universiti bertujuan menyediakan siswazah yang terlatih serta mahir di dalam bidang penyelidikan, kaedah diagnosis di makmal, pengurusan makmal di hospital mahu pun industri, pengawalan mutu hasil pengeluaran industri, pemasaran bahan-bahan berkaitan bidang perubatan, pengawalan penyakit dan pengurusan industri makanan dan farmaseutikal dan mempunyai pengetahuan dasar di dalam bidang sains perubatan serta mempunyai pengetahuan mendalam mengenai beberapa cabang sains kesihatan.


Semasa pengajian, pelajar didedahkan dengan kursus-kursus seperti anatomi, biokimia, fisiologi, kesihatan, epidemiologi, mikrobiologi, patologi, farmakologi, entomologi, dan sains kesihatan persekitaran.
Siswazah program ini mempunyai pengalaman yang luas mengenai pengendalian peralatan makmal berteknologi tinggi di dalam tugas seharian mereka.
Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia agak banyak.


Syarat menceburi bidang ini - memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains


Syarat Melanjutkan Pengajian
Cara pertama: Calon perlu lulus cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( aliran sains serta kepujian mata pelajaran bahas Melayu dan mata pelajaran sains lain. Kelulusan ini membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi atau asasi sains Kementerian Pendidikan untuk tempoh satu setengah tahun.
Selepas menamatkan pengajian, pelajar akan ditawarkan ke program sains di peringkat sarjana muda berdasarkan peperiksaan matrikulasi/asasi sains.


Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan dan kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Selain itu, calon perlu lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta mendapat gred yang baik tiga daripada mata pelajaran biologi, kimia, fizik dan matematik.


Cara ketiga: memiliki diploma sains daripada universiti tempatan atau Universiti Teknologi Mara ( juga boleh memohon mengikuti program ini melalui kemasukan kes khas.


Cara keempat: Universiti tempatan juga mengambil pelajar melalui saluran kedua. Cara ini memerlukan calon lulus serta mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu, kimia, biologi dan Matematik.


Selain itu, calon telah mempunyai pengalaman kerja sekurang-sekurangnya lima tahun sebagai pembantu makmal, juruteknik, pembantu perubatan, inspektor kesihatan, jururawat dan guru sains.


BIOTEKNOLOGI
Bioteknologi adalah bidang berkaitan dengan kegunaan mikrob, sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau enzim untuk memecah atau mentransformasikan bahan. Hal ini memerlukan integrasi biokimia, biologi, mikrobiologi, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan proses.




pemakanan, kejuruteraan teknologi makanan, kejuruteraan makanan, kejuruteraan kimia, 
Bioteknologi dianggap sebagai julat teknologi serba boleh yang dapat diterapkan dalam pelbagai sektor industri. Antara disiplin semula jadi dalam alah genetik, biokimia, kimia, sains kejuruteraan biokimia, elektronik dan mikrobiologi.






Syarat Melanjutkan Pengajian

Cara pertama: matrikulasi/asasi sains ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan. Syarat yang diperlukan ialah perlu mendapat kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk sekurang-kurangnya dia mata pelajaran sains. 


Cara kedua: rancangan Persediaan Khas (Jepun) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini dijalankan di Universiti Malaya dan mengambil masa setahun.
Syaratnya ialah anda perlu lulus serta mendapat tidak kurang empat kepujian dalam mata pelajaran sains/teknik.
Selepas menamatkan program ini, anda akan melanjutkan pengajian di beberapa universiti terkemuka di Jepun di bidang bioteknologi selama empat tahun.



Cara ketiga: Universiti-universiti tempatan juga mengambil calon daripada lepasan STPM aliran sains/setaraf. Anda perlu lulus STPM serta mendapat prinsipal E dalam pengajian am. Selain itu, anda perlu mendapat tidak kurang dua prinsipal termasuk gred E dalam biologi. Calon yang ditawarkan akan terus ke peringkat sarjana muda.


Cara keempat: bagi calon yang berkelulusan diploma di bidang berkaitan juga boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di universiti tempatan. Diploma yang dimaksudkan ialah Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi dan Diploma Teknologi Makanan.



SAINS NUKLEAR

Sains nuklear merupakan bidang baru yang mempunyai peranan penting dalam sektor industri.Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, teknologi, alam sekitar dan sains asas. 


Dari segi kerjaya, lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan swasta.Di antara jawatan yang boleh disandang ialah termasuklah :


jurutera kawalan mutu, 
penyelidik,
pegawai di bidang pengawalan alam sekitar, 
perunding, 
pegawai di Institut Teknologi Nuklear Malaysia ( serta para pegawai di syarikat-syarikat perindustrian.




Mereka juga boleh berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran.


Kesimpulannya ;
insyallah,kerjaya aku akan menjurus kearah bidang yang melibatkan sains
sama ada perubatan atau teknologi.
dan,
kalau result SPM aku cukup baek,
dengan izin Allah,
aku nak jugak fly gi overseas kan..hmm!
doakan lah kejayaan kita bersama...
amin~








p /s :mana la tau,,10 ke 20 taon akn dtg..aq jumpa kenkawan aku sume dh jdik doktor,engineer..kn beshhh tu!

1 comment: