Assalamualaikum semua
hey there
hai awak
haa yang tengah senyum senyum kat sana tu hai juga :D
 |
| saja nak selit gambar . hahaha . ada gaya Dena Bahrin tak? ecehh |
Kesibukan yang melampau selampau lampaunya *ok . aku exaggerate je* telah menghalang aku untuk menghupdate blog ini dengan tulisan tulisan ku yang baru . Betapa malangnya blog ni sebab dapat tuan yang fail tahap hardcore dalam time management . heh
Papepun , memang betul pun sibuk sebenarnya . plus plus , bila baru baru masuk degree kan . Badan ni tak habis terkejut lagi dengan environment baru . Yela , dekat 4 bulan la jugak , kita free je sentiasa 24/7 tak buat apa2 pun melainkan melanguk kat rumah . Tetiba , kena hadap dengan segala lecture , lab tutorial semua dari pagi sampai petang . malam2 pun jadi cepat je ngantuk .
Okay , tu bukan point utama pun sebenarnya apa yang aku nak sampaikan kat entri kali ni . mungkin ada yang akan rasa macam aku ni cheesy terlebih nak dok feeling feeling ka , tapi tak kisah lah . aku nak kena jugak tulis benda ni .
Kalau aku cakap perkataan 'plaster' . what is the first thing that come across your mind?
*jgn salah sangka , entri kali ini tiada kaitan dengan medic*
**mungkin ada , tapi sikit . eheh**
Korang mesti terbayang benda yang orang dok tampal kat luka tu kan . yang jual berapa sen kat kedai tu , yang coklat coklat tu . kan kan . eh corak bunga bunga pun ada sebenarnya. so generally , semua orang tahu plaster tu function dia untuk ditampal pada luka sebab dekat plaster tu ada ubat yang boleh merawat luka tu , insyallah . so the same things goes here .
AL QUR'AN = PLASTER
tak ke?
tapi jangan lupa , the main healer is only one which is HIM .
Kenapa aku cakap macam ni ? hmmm , benda ni secara kasarnya hanya teori yang aku terfikir . mungkin plaster tu kita tampal pada luka luaran tapi kalau luka dalaman ? takkan nak bubuh plaster jugak kan . and by luka dalaman tu aku maksudkan soal spiritual . dan boleh juga jadi soal hati sebenarnya .bila kita rasa hati kita lemah , grab al quran dan mula baca ke tadabbur or anything related to it . and somehow if we have enough faith in it . kita akan rasa kuat balik .
" a hidden wound bled again "
" heal it quick . put the 'plaster' "
A short conversation from twittahh yang membuatkan aku terfikir semula betapa sebenarnya Al -Quran tu mmg medium yang sangat berguna untuk kita pulihkan semangat , pulihkan hati , pulihkan segala benda la . Memang Allah turunkan Al Quran tu untuk kita , hambanya bukan sebab suka suka tapi sebab nak tunjukkan yang Dia care pasal kita , yang dia akan sentiasa ada untuk hambanya yang memerlukan bantuan . Tak rasa ke yang Allah tu sangat sweet .
Tengok tuuuu punyalah banyak help line yang ALLAH dah bagi kat kita , bila bila pun kita boleh refer sebenarnya . Korang sume kan dah ada gadjet android ipongg sume tu lagila 24/7 boleh bukak kat phone tu . Tak susah pun sebenarnya .
Shame on us yang lupakan dia time kita tengah happy sebab Allah tak pernah sedetik pun terlepas pandang akan perbuatan kita . Bila dah kena bala baru nak turn to him . And speaking of this , ada satu analogi yang aku nak cerita . cerita ni aku dapat dari Fb , dah berapa kali dah guna time usrah . hehe
"Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita."
Jadi jangan assume yang Allah benci kita bila dia bagi kita ujian banyak banyak sampai kadang kadang kita rasa macam dah tak tertanggung . Sedangkan Allah nak kan perhatian kita kembali tertumpu kepada Dia . Dia suka kalau hamba dia berdoa pada dia , mengalir air mata sebab Dia . Ingat yang Allah ada cakap dalam surah Al - Baqarah dan surah Al-Insyirah
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya ( Al-Baqarah: 28 )
"Verily , with hardship there is relief " ( Al-Insyirah : 6)
There you go , ALLAH sendiri cakap , pada setiap kesusahan yang kita lalui tu akan ada kesenangan yang kita akan dapat selepas tu . Malah mungkin akan merubah diri kita sendiri untuk jadi better than before . who knows .
Ok ni sebenarnya dah menyimpang sangat dari tajuk . eheh
Tak tipu kalau aku cakap topik plaster ni bukan muncul secara random . tipu sangat tu ... reason dia mungkin semua orang pernah rasa sebab soal ni bukan soal yang extraordinary pun tapi dah terlalu common sangat sampai boleh muntah hijau kalau nak diulang banyak kali pun
hmm hmmm
like the lyrics in the song Try by Pink ;
" its funny how the heart can be deceiving , more than a couple time , why do we fall in love so easy , even if its not right "
told yaa :P
so basically , part yang baik yang aku cuba nak convey tu moga sampai pada kamu kamu sekalian . Part yang tetiba aku nak buat luahan perasaan tu sila abaikan dengan sepenuh tenaga ye . haha . Aku cuma share perkara yang aku tahu dan aku rasa :)
p/s : rasa nak nangis . sob sob